SELAMAT DATANG

Selamat datang kepada yang melawati blog kami. Syarikat ini telah lama beroperasi untuk memberikan perkhimatan terbaik kepada para pelanggan yang datang ke kedai kami. Orchid Orange adalah nama syarikat ini yang didaftarkan di SSM dengan no pendaftaran KC0005591-P. Banyak perkhidmatan yang kami tawarkan. Antara paling utama perkhidmatan di kedai kami adalah perkhidmatan mencetak pakaian sukan dan uniform. selain itu perkhidmatan utama juga adalah perkhidmatan reka bentuk grafik untuk majalah sekolah, buku, gaiant banner, banting, kalendar, handbill, poster, kad kahwin, kad jemputan, invoise, resit, bil tunai, kad nama, penmbungkusan kotak, label dan lain-lain.Oleh itu sesiapa yang ingin menggunakan khidmat kami boleh menghubungi di nombor talian 019-4718441

Rabu, 22 Februari 2012

Internet beri impak dalam perniagaan dan sosial

Berdasarkan penyelidikan global dijalankan McCann Worldgroup, perniagaan memerlukan anjakan terutama  daripada segi pemikiran tentang model perniagaan  dan memikir semula ciptaan nilai jenama untuk berjaya dalam dunia jaringan sosial

menurut kajian bertajuk, The Truths About Social yang dijalankan merentasi 19 negara yang disertai lebih 30 kumpulan fokus dan 12,000 respons secara talian telah mendedahkan pandangan tentang semua kaitan dengan dunia sosial termasuk melalui jaringan, sosial, bukti dan peniagaan sosial.

Pengarah Kumpulan Perancangan  Penjenamaan dan Inovasi, McCann Worldgroup Malaysia, Dr milan Agnihotri berkata, kebanyakan  pengguna menggunakan media sosial berinteraksi dengan jenama dan mendapatkan khidmat pelanggan yang baik

"mereka juga  memuji sesuatu pengalaman, meluahkan perasaan, mengutip maklumat dan mendapatkan tawaran  lebih baik." katanya.

Baliau berkata, dlam golongan usia 16 hingga 30 tahun, 90 peratus daripada mereka akan memberitahu kepad rakan, tentang sesuatu syarikat atau jenama itu mampu yakinkan mereka

" jelas sekali manfaat dan pengaruh media sosial terhadap pengguna internet semakin cepat memberi impak kepada dunia perniagaan.

"Media sosial menjadi platform untuk bekongsi idea, menilai jenama dan perniagaan yang tidak bertanggungjawab," katanya.
pengguna memainkan peranan besar dalam mengubah perniagaan yang berorientasikan keuntungan kepada perusahaan bermatlamat, potensi ganjaran untuk syarikat dan jenama amat besar terutama peluang untuk menjadi jenama global dan dipercayai pengguna.

sumber sinar online
23 feb 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan